Al-Quran Magnet A5
RM70.00RM168.00 Select options
Sale!

Al-Quran Magnet A5

RM70.00RM168.00

Al Quran Rasm Uthmani

Saiz: A5
Dimensi: (P) 14.8cm x (T) 21cm
Berat : 900g

Clear

Free shipping (SM) on all orders over RM100

  • Satisfaction Guarantee

 

Al-Quran magnet A5 direka khusus bersama ukiran flora. Al-Quran Magnet bersize A5 ini disediakan bersama TAGGING dan juga tanpa TAGGING. TAGGING adalah penanda dibahagian ayat ayat tertentu didalam Al-Quran bagi memudahkan kita rujuk dan lebih memahami tentang ayat tersebut. Terdapat pilihan 199 TAGGING dan juga 404 TAGGING dimana 404 TAGGING mempunyai lebih banyak TAGGING. Al-Quran Magnet A5 juga merupakan Al-Quran Eksklusif untuk dijadikan hadiah mahupun hantaran buat para wanita.Ianya direka khas buat para wanita diluar sana.

Gambar contoh Al-Quran Tanpa TAGGING dan ada TAGGING.

Khusus untuk mereka yang berhajat untuk mendampingi Al-Quran dimana jua keberadaan. Dalam masa sama, tak nampak macam ‘ustazah’ sangat. Kami faham ada dikalangan kita yang nak sentiasa berdamping dengan Al-Quran, tapi risau nampak macam ‘alim’ sangat, nak jaga hati dari riak dan malu di ‘judging’ oleh kawan rapat. Maka, dengan itulah terhasilnya design moden seperti Edisi  ini. Ia sangat sesuai untuk wanita muslimah yang suka bergaya dan urban namun ada jiwa Islamik di dalam hati. Boleh jadikan Al-Quran Magnet A5 sebagai peneman di dalam kereta sewaktu trafik jam, di bilik pejabat anda ataupun diwakafkan di surau-surau anda solat.

Bersaiz A5, 18cm x 24cm. Ringan, mudah di bawa ke mana-mana saja termasuk travel ke luar negara. Iman lebih terjaga.

Cover diperbuat dari kulit berkualiti dan daripada material bahan yang halal. Kulit tahan lasak dan tidak mudah rosak. Kulit diperbuat daripada PU Leather yang berkualiti. Membolehkan kandungan Al-Quran lebih terjaga & kemas.

Selain itu, Al-Quran ini dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, Asmaul Husna, Hadith Sahih, Kod Tajwid Bewarna, Terjemahan Bahasa Malaysia yang mudah difahami, dan menggunakan Rasm Uthmani. Isi dalam adalah PELANGI BERWARNA WARNI. Terdapat juga penanda quran yang mengandungi doa sujud tilawah, doa permulaan baca Al-Quran dan penanda muka surat bertali untuk rujukan tajwid. Senang nak belajar hukum tajwid yang terdapat dalam Quran.

Dinyatakan hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut. Gambar contoh seperti dibawah.

Quran ini mempunyai kelulusan KDN, indeks tematik dan asbabun nuzul.

Didatangkan 5 pilihan warna: Hitam, Merah, Purple, Biru & Hijau. Style design kulit Quran bermagnet sesuai dengan citarasa wanita.

 

 

Additional information

Weight N/A
Pilihan

No Tag, 199 Tagging, 404 Tagging

Warna

Hitam, Hijau, Merah, Purple, Biru